Sunday, 17 June 2012

Selamat Hari Gawai Dayak

Upacara tamat musim menuai






GAYU Guru Gerai Nyamai. Ungkapan yang membawa maksud Selamat Hari Gawai itu cukup bermakna bagi masyarakat Dayak Sarawak pada awal bulan Jun setiap tahun.
Hari Gawai Dayak disambut meriah dan penuh warna-warni pada 1 dan 2 June di seluruh pelosok Bumi Kenyalang. Namun, dalam kalangan anak-anak muda, ia mungkin dianggap sebagai perayaan biasa.
Bahkan, ramai yang kurang tahu perayaan yang disambut secara besar-besaran itu adalah satu cara untuk melahirkan kesyukuran selepas tamatnya musim menuai padi.
Tradisi bergawai tetap dijunjung oleh masyarakat kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu yang secara kolektifnya disebut sebagai Dayak di Sarawak.
Mereka menyambut Hari Gawai tanpa meminggirkan adat resam yang diwarisi sejak berabad lamanya.
Lazimnya, pada hari tersebut semua ahli keluarga akan pulang ke kampung halaman masing-masing dan berkumpul di rumah panjang bagi meraikannya bersama masyarakat setempat yang lain.
Bagaimanapun, setiap rumah panjang atau kampung mempunyai adat, budaya dan cara tersendiri dalam menyambut Hari Gawai.
Pada asalnya, Gawai Dayak ialah perayaan berbentuk keagamaan yang diraikan oleh kaum Iban dan Bidayuh. Di Sabah, sambutan Hari Gawai bagi meraikan tamatnya musim menuai padi dikenali sebagai Pesta Kaamatan.
Sambutan itu sebagai tanda terima kasih kepada roh dan Tuhan kerana memberikan mereka hasil tuaian yang baik. Sebelum ini, perayaan tersebut dilakukan setiap kali selepas musim menuai padi dan sebelum memulakan penanaman baharu untuk musim seterusnya.
“Perayaan ini menjadi penghujung tahun dalam kalendar masyarakat Dayak sebelum memasuki bulan Julai (Tahun Baharu).
“Kerja-kerja membersih tapak untuk memulakan musim penanaman padi baharu akan menyusul sebaik sahaja perayaan tersebut selesai.
Gawai Padi



( Gambar hiasan  )



PENDUDUK kampung menuai padi secara bergotong-royong. Hari Gawai disambut pada akhir musim menuai dan permulaan musim menanam yang baharu.



“Selain Gawai Dayak, masyarakat Dayak turut menyambut dua lagi perayaan gawai iaitu Gawai Hantu dan Gawai Padi. Upacara Gawai Hantu disambut pada bulan November. Bagi masyarakat Dayak, ia penting bagi memastikan padi yang ditanam dijaga atau dilindungi daripada ancaman serangga perosak.
Kawasan penanaman padi yang telah dibersihkan dan mempunyai sisa-sisa atau tunggul kayu dipercayai mempunyai roh atau hantu. Atas alasan itulah persembahan penting untuk makhluk tersebut.
Apabila daun padi mula menghijau, satu lagi upacara diadakan bagi melahirkan rasa syukur kerana tanaman hidup dalam keadaan baik. Ia dinamakan Gawai Padi dan disambut pada bulan Mei. Apabila tanaman baik dan tuaian selesai dilakukan, maka Hari Gawai diadakan bagi meraikan kemenangan serta memperoleh keberkatan dengan mengadakan upacara pemujaan roh dan tuhan.
Bagi upacara adat di Kampung, sebuah pondok kecil atau dikenali sebagai bawal dibina untuk menjalankan upacara persembahan kepada roh-roh di langit. Beberapa bahan akan digunakan untuk menjalankan upacara tersebut iaitu pugang atau pulut di dalam buluh dan nasi yang dibungkus dalam daun.




Para ibu-ibu sedang membuat " Piring " untuk digunakan untuk upacara " Miring "




 Untuk di persembahkan kepada roh sempena Gawai Dayak.



“Dahulu, upacara tersebut meriah kerana ramai warga emas yang turut serta, namun kini ia semakin berkurangan kerana ramai penduduk kampung sudah memeluk agama Islam dan Kristian,’’ katanya yang menjadi Ketua Adat selama hampir tiga dekad.
Upacara itu diraikan pada akhir bulan Mei atau awal Jun. Bagaimanapun, Hari Gawai tidak begitu ‘diangkat’ oleh generasi muda masa kini, malah ia dilihat semakin dipinggirkan akibat arus pemodenan.
Golongan muda harus terpanggil untuk mempertahankan keunikan sebuah perayaan yang sentiasa dekat di hati komuniti Dayak di Sarawak. Kelangsungan budaya yang menjadi simbolik perpaduan, aspirasi dan harapan kaum Dayak itu perlu dizahirkan kepada generasi muda.
Balik kampung






KAUM keluarga masyarakat Iban menikmati majlis makan beramai-ramai di pekarangan rumah panjang menjelang ketibaan sambutan perayaan Hari Gawai.



Meskipun tidak lagi terdiri dalam kalangan masyarakat petani, namun pulang ke kampung halaman merupakan satu kemestian bagi saya kerana nilai Hari Gawai tetap sama. Apa yang menarik, seawal pukul 11.30 malam sebelum sambutan Hari Gawai, sahabat handai mula ‘ngabang’ atau menziarah ke rumah untuk memeriahkan perayaan tersebut. Hari Gawai perlu diiktiraf dan diraikan bukan sahaja sebagai suatu perayaan untuk penduduk Sarawak, bahkan sebagai perayaan rakyat Malaysia.
Katanya, sambutan pesta menuai alaf baharu itu juga menuntut masyarakatnya menghargai budaya dan memastikan semangat padi terus dihormati. Paling mustahak golongan muda wajar mewarisi sambutan perayaan ini, bukannya membiarkan ia tenggelam ditelan dek zaman.

No comments:

Post a Comment