Selain itu, saya akan pergi jalan-jalan sekeliling kampung ( Rumah Panjang)
Terima kasih kepada Ayah, Emak, Nenek, Kakak dan Abg serta saudara saya kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya macam mana nak buat Blog ni. Dengan ini boleh lah saya berkongsi pandangan, pendapat dengan semua kawan-kawan di luar sana.
Foto ni saya ambil masa saya tolong nenek saya beri ayam-ayam makan, sempat jugak saya ambil foto ni.. Hmmm kalau tak da kena gigit, yea lah Ayam ni sedang memeram telur.. Yeaa..yeaa..
Bertambah lah anak-anak ayam nenek saya ni.
Ni inilah Foto suasana Kampungku yang menarik yang saya ambil..
Hijau saja, sejuk mata memandang..;)
Di rumah panjang yang saya duduk sekarang mempunyai 17 keluarga, bermaknanya ada 17 bilik yang didiami setiap keluarga. Dalam setiap bilik tersebut ada bilik-bilik lagi. Tapi ada juga kawan-kawan saya bertanya, " Dia orang berkongsi dapur ke, bilik air dan bilik mandi ker." Saya menerangkan pada mereka bahawa setiap keluarga tersebut tidak berkongsi dapur ke, bilik air dan bilik mandi sebab setiap bilik ada keperluannya sendiri. Kalau ko nak merasa sendiri macam mana suasana kehidupan Rumah Panjang, Datang la ke Sarawak..;). Mereka pun terus tersenyum lebar. Entah apa yang membuatkan mereka tersenyum lebar..
Dalam masyarakat Sarawak, kita memanggil ini Ruai @ ruang tamu yang panjang.
Di ruang ini lah kita akan berkumpul sesama saudara-saudara berkongsi cerita. Selain itu ianya juga tempat untuk meraikan sesuatu perayaan contohnya Hari Gawai Dayak yang disambut setiap 1 June, tapi untuk meraikannya dengan penuh meriah ia di sambut malam 31 Mei.. Memang cukup meriah sekali...