Ini lah kampung halamanku yang aku kagumi selama ku menetap disini bersama keluarga dan sanak saudara. Kami disini duduk satu bumbung ( Rumah Panjang). Kampung halaman adalah kenangan dan harapan yang tak pernah pudar dalam ingatn. Disaat jauhpun kita berada hati akan kembali ke sana. Tidak ada tempat lain yang paling tenang dan indah.. kampungku. Kalau dibandingkan dengan bandar-bandar besar, jauh lebih indah kampungku..
Saturday, 29 October 2011
Pokok Sakat Di Halaman Rumah
Ini la pokok yang saya paling sayang sekali. Nak taw kenapa, pokok ni saya ambil kecil lagi. Masa tu saya menolong ayah, emak dan nenek saya memunggut susu getah di ladang getah. Ia tumbuh menumpang di pokok getah, tapi kena memanjat lah untuk mendapatkanya. Nasib baik ayah yang tolong ambilkan sebab masa tu ayah tak benarkan saya memanjat kerana pokok getah yang pokok sakat tu menumpang agak tinggi jugak.
Sekarang ianya sudah berusia 7 tahun..:) Cantik kan.
Besar dari saya lagi tu.
Saya akan menyiram pokok-pokok ni pagi dan petang untuk mendapatkan air yang secukupnya. Apa yang penting ianya juga harus dibaja 2 bulan sekali. Saya akan gunakan habuk-habuk kayu yang telah dipotong, buah kelapa sawit. Tapi buah kelapa sawit ini saya rendam terlebih dahulu untuk mendapatkan air peraman untuk diberikan kepada pokok-pokok ini.
Di kawasan redup inilah saya tempat anak-anak pokok sakat jika cuaca panas @pun hujan tidak turun. Biasa la kami disini kalau waktu tidak hujan, susah jugak. Panas jugak... Tapi kalau musim panas kita orang akan pergi menangkap ikan di sungai. Air akan cetek, jadi senang lah hendak menangkap ikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment