Sunday, 30 October 2011

Cendawan Pokok Getah

Saya pencinta alam semula jadi....


Foto ni saya ambil di ladang pokok getah nenek di kawasan bukit. Biasalah kan Sarawak bentuk muka buminya berbukit. Jadi tak hairan lah kan.. Masa tu saya sedang memunggut susu getah dengan penuh semangat. Sedang leka seketika melihat suasana alam, saya terpandang Cendawan ni, yang menarik perhatian saya kerana bagi saya ianya cukup istimewa.



Nasib baik masa tu saya ada bawa Camera, apa lagi saya ambillah foto ni untuk kongsi ngan kawan-kawan kat sini. Apa yang membuutkan saya tertarik dengan Cendawan ni adalah ianya amat jarang ditemui terutama saya. Menurut penduduk kampung saya, Cendawan ini boleh dibuat herba untuk dijadikan ubat Tradisional. Ia hidup subur sekali dengan kelembapan struktur bumi di sini. Setiap kali saya lalu pada pokok getah yang mati tu tempat cendawan ni menumpang, saya sentiasa perhatikan perkembangan dari segi pembesaran cendawan tersebut. Pada waktu pagi, ianya nampak cantik sekali kerana dibasahi embun pagi dengan pada setiap hujung cendawan tersebut di selebungi warna putih. Yang berwarna putih ini menunjukkan ia sedang dalam proses pembesaran atau pucuk muda cendawan tersebut.




Ada juga cendawan ini menumpang pada pokok getah yang tinggi, tengok cendawan tu yang menumpang pada pokok... Banyakkan..
Oleh itu, marilah kita menjaga Alam Sekitar demi kesejahteraan kita pada masa hadapan. Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa kegiatan manusia. Lawannya perkataan "alam semulajadi" ialah "persekitaran terbina"...



Oooopppss.. Hampir terlupa pulak. Ini lah pokok getah yang ditoreh Ayah, Emak dan Nenek saya. Besarkan pokok getah ni..




Alang-alang ni, baik saya masukkan sekali macam mana kita di sini memproses susu getah. Cuma masukkan ke dalam baldi atau bekas yang besar lalu dicampur dengan air cuka lalu disimpan seperti dalam bekas ini...


Selepas siap ianya akan dibiarkan sampai keadaan susu getah sesuai untuk diproses menggunakan mesin pengolek untuk menipiskan nya. Bab ni lah yang saya paling suka..

No comments:

Post a Comment